BAHAGIAN 1

JENIS ANALISIS

Thursday, April 2, 2009

ANALISIS TEKNIKAL

- Analisis TEKNIKAL adalah kajian tentang pergerakan harga.

- Ia hanya melibatkan carta. Carta ini terdapat didalam trading platform dan boleh di dapati dari mana-mana broker online.

- Ideanya adalah sesorang trader akan melihat sejarah pergerakan harga yang pernah berlaku dan membuat ramalan dan andaian tentang pergerakan harga yang seterusnya melalui carta harga.

- Dengan melihat kepada carta, kita dapat mengenalpasti trend dan pattern yang mana ia akan membantu kita mendapat peluang trading yang baik.

- Perkara yang paling penting dalam analisis teknikal adalah mengenalpasti trend.
TREND IS FRIEND!!!

- Salah satu sebab kita dapat menikmati keuntungan yang banyak adalah dengan mengenalpasti trend dan melakukan trading yang betul mengikut arah trend tersebut.

ANALISIS FUNDAMENTAL

- Analisis FUNDAMENTAL adalah satu bentuk analisis yang mengkaji pertumbuhan ekonomi sesebuah Negara.

- Nilai matawang sesebuah Negara adalah berkait rapat dengan keadaan ekonomi Negara tersebut.

- Sekiranya ekonomi Negara tersebut baik, maka nilai matawang nya juga akan turut berada dalam keadaan yang baik. Dan begitu juga sebaliknya.

- Trader-trader yang mengambil pendekatan fundamental ini selalunya akan mengikuti berita-berita ekonomi dunia dan membuat kesimpulan tentang kekukuhan matawangnya.

- Di bahagian lain nanti kita akan mempelajari berita-berita khas dan spesifik yang akan member kesan kepada nilai matawang Negara-negara tertentu.

PENGENALAN ANALISIS

Terdapat dua jenis analisis yang sering digunakan dalam membuat keputusan untuk memasuki pasaran iaitu analisis FUNDAMENTAL dan TEKNIKAL.

Dalam bahagian ini, kita akan mempelajari kedua-dua jenis analisis ini secara lebih terperinci.


ANALISIS MANAKAH YANG LEBIH BAIK???

Jawapannya adalah KEDUA-DUANYA. Jika anda menggabungkan dua bentuk analisis ini, anda akan mendapat peluang trading yang lebih baik.